Di sebuah kampung pedalaman pada malam hari 25 tahun yang
lepas.....saya masih ingat lagi saya bermimpi saya boleh berlari laju dan boleh
terbang. Saya masih ingat lagi mimpi tersebut kerana saya kerap kali bermimpi
tentang mimpi yang sama bertahun-tahun lamanya. Ada yang terbang di padang
rumput yang luas dan ada juga terbang diangkasa serta di awan tetapi dalam
tahun 1999 saya bermimpi saya terbang untuk menyelamatkan seseorang dari
dilanggar untuk melintas jalan raya di
sebatang jalan yang sibuk. Rupa-rupanya mimpi tersebut menjadi kenyataan. Namun
begitu ia berlaku di sebaliknya. Saya yang terlibat dalam sebuah kemalangan.
Kemalangan tersebut telah mengubah sejarah hidup saya kerana saya menjadi orang
kurang upaya kesan dari kemalangan tersebut. Di sini saya bukanlah bertujuan
untuk meraih simpati tetapi saya cuma ingin berkongsi cerita dan impian.
Seterusnya sekali lagi saya ingin berkongsi cerita tentang mimpi saya. Ia
adalah mimpi yang sentiasa saya fikirkan kerana sehingga sekarang saya rasa
mimpi saya tidak akan menjadi kenyataan. Dalam tahun 2008 sehingga 2011 saya
banyak bermimpi tentang keajaiban yang berlaku secara terang-terangan. Mimpi
pertama yang paling saya ingat ialah mimpi matahari turun di atas sebuah kubah
masjid, bulan terbelah dua, bintang berkumpul dengan banyaknya setempat pada
satu sudut langit dan bermacam lagi mimpi yang tidak dapat saya nyatakan. Di
sini sekali lagi saya menegaskan saya hanya ingin berkongsi cerita. Walaupun
mimpi-mimpi tersebut hanyalah mimpi saya amat berasa hairan dan bersyukur
kerana saya menjadi insan pilihan untuk merasai nikmat mimpi tersebut. Secara
tidak lansung saya dapat muhasabah dan menginsafi diri serta menanam azam
dengan lebih kuat lagi untuk menjadi insan yang lebih beriman. Begitulah serba
sedikit saya berkongsi cerita. Harap-harap mimpi saya bertepatan dengan
penyertaan peraduan TheBigDre1m ini. Sebenarnya saya mempunyai sebuah impian
untuk anak bangsa saya. Saya ingin seluruh dunia menjalani kehidupan aman dan
harmoni. Pada pendapat saya, jika Bank Dunia boleh ditubuhkan, mengapa Kabinet
Dunia tidak boleh ditubuhkan? Bukannya susah pilih sebuah tempat dan bina
sebuah dewan kabinet dunia. Cuma hantarkan setiap negara sebagai wakil untuk
mewakili negara tersebut dan bersatulah dengan secara demokrasi untuk
membincangkan tentang masalah-masalah yang timbul. Bagi saya setiap pandangan
yang Tuhan izinkan kepada manusia itu pasti ada hikmahnya. Apakan daya kita
untuk berjihad lagi di zaman moden ini untuk menjaga negara sendiri pun sudah
banyak halangannya. Saya percaya bukanlah mudah untuk mencapai apa yang kita
impikan, namun begitu jika kita berniat untuk satu kebaikan pun sudah mendapat
ganjarannya. Itu impian saya untuk dunia. Impian saya seterusnya ialah saya
ingin membina sebuah kapal angkasa yang boleh terbang diangkasa dengan jangka
masa yang lama. Saya ingin menjadi anak kapal angkasa tersebut dan mengembara
di angkasa lepas melihat dan mengkaji alam ciptaan Tuhan. Bagi negara kita
mungkin kita tiada kilang membuat kapal terbang dan roket lagi, tapi sedangkan
roket boleh dibina mengapa pula kapal angkasa tidak? Negara kita cuma boleh
menghantar wakil untuk pembinaan kapal angkasa jika ia mungkin menjadi
kenyataan pada masa hadapan. Impian saya seterusnya ialah saya ingin menubuhkan
kumpulan-kumpulan manusia yang bijak pandai untuk menjadi golongan pencipta.
Saya ingin rakyat Malaysia menjadi bangsa pencipta yang unggul pada masa
hadapan. Impian ini mungkin menjadi kenyataan kerana bangsa kita sudah banyak
yang sudah mereka bentuk pelbagai produk yang boleh membanggakan negara. Impian
saya seterusnya ialah saya ingin menubuhkan "special class" atau
kelas istimewa untuk sukarelawan 1M4U. Kelas ini berada di sebuah tempat yang
rahsia dan menjalankan aktiviti R&D sepanjang masa. Mungkin impian ini menjadi
kenyataan. Sila rujuk pada kertas cadangan yang disediakan.
Akhir kata, kita mungkin boleh memberikan pendapat, tetapi
kita mungkin tidak boleh menjadi penerima pendapat. Fikir-fikirkanlah...
No comments:
Post a Comment