Popular Posts

Thursday 17 October 2013

Dream catcher

Di sebuah kampung pedalaman pada malam hari 25 tahun yang lepas.....saya masih ingat lagi saya bermimpi saya boleh berlari laju dan boleh terbang. Saya masih ingat lagi mimpi tersebut kerana saya kerap kali bermimpi tentang mimpi yang sama bertahun-tahun lamanya. Ada yang terbang di padang rumput yang luas dan ada juga terbang diangkasa serta di awan tetapi dalam tahun 1999 saya bermimpi saya terbang untuk menyelamatkan seseorang dari dilanggar untuk melintas  jalan raya di sebatang jalan yang sibuk. Rupa-rupanya mimpi tersebut menjadi kenyataan. Namun begitu ia berlaku di sebaliknya. Saya yang terlibat dalam sebuah kemalangan. Kemalangan tersebut telah mengubah sejarah hidup saya kerana saya menjadi orang kurang upaya kesan dari kemalangan tersebut. Di sini saya bukanlah bertujuan untuk meraih simpati tetapi saya cuma ingin berkongsi cerita dan impian. Seterusnya sekali lagi saya ingin berkongsi cerita tentang mimpi saya. Ia adalah mimpi yang sentiasa saya fikirkan kerana sehingga sekarang saya rasa mimpi saya tidak akan menjadi kenyataan. Dalam tahun 2008 sehingga 2011 saya banyak bermimpi tentang keajaiban yang berlaku secara terang-terangan. Mimpi pertama yang paling saya ingat ialah mimpi matahari turun di atas sebuah kubah masjid, bulan terbelah dua, bintang berkumpul dengan banyaknya setempat pada satu sudut langit dan bermacam lagi mimpi yang tidak dapat saya nyatakan. Di sini sekali lagi saya menegaskan saya hanya ingin berkongsi cerita. Walaupun mimpi-mimpi tersebut hanyalah mimpi saya amat berasa hairan dan bersyukur kerana saya menjadi insan pilihan untuk merasai nikmat mimpi tersebut. Secara tidak lansung saya dapat muhasabah dan menginsafi diri serta menanam azam dengan lebih kuat lagi untuk menjadi insan yang lebih beriman. Begitulah serba sedikit saya berkongsi cerita. Harap-harap mimpi saya bertepatan dengan penyertaan peraduan TheBigDre1m ini. Sebenarnya saya mempunyai sebuah impian untuk anak bangsa saya. Saya ingin seluruh dunia menjalani kehidupan aman dan harmoni. Pada pendapat saya, jika Bank Dunia boleh ditubuhkan, mengapa Kabinet Dunia tidak boleh ditubuhkan? Bukannya susah pilih sebuah tempat dan bina sebuah dewan kabinet dunia. Cuma hantarkan setiap negara sebagai wakil untuk mewakili negara tersebut dan bersatulah dengan secara demokrasi untuk membincangkan tentang masalah-masalah yang timbul. Bagi saya setiap pandangan yang Tuhan izinkan kepada manusia itu pasti ada hikmahnya. Apakan daya kita untuk berjihad lagi di zaman moden ini untuk menjaga negara sendiri pun sudah banyak halangannya. Saya percaya bukanlah mudah untuk mencapai apa yang kita impikan, namun begitu jika kita berniat untuk satu kebaikan pun sudah mendapat ganjarannya. Itu impian saya untuk dunia. Impian saya seterusnya ialah saya ingin membina sebuah kapal angkasa yang boleh terbang diangkasa dengan jangka masa yang lama. Saya ingin menjadi anak kapal angkasa tersebut dan mengembara di angkasa lepas melihat dan mengkaji alam ciptaan Tuhan. Bagi negara kita mungkin kita tiada kilang membuat kapal terbang dan roket lagi, tapi sedangkan roket boleh dibina mengapa pula kapal angkasa tidak? Negara kita cuma boleh menghantar wakil untuk pembinaan kapal angkasa jika ia mungkin menjadi kenyataan pada masa hadapan. Impian saya seterusnya ialah saya ingin menubuhkan kumpulan-kumpulan manusia yang bijak pandai untuk menjadi golongan pencipta. Saya ingin rakyat Malaysia menjadi bangsa pencipta yang unggul pada masa hadapan. Impian ini mungkin menjadi kenyataan kerana bangsa kita sudah banyak yang sudah mereka bentuk pelbagai produk yang boleh membanggakan negara. Impian saya seterusnya ialah saya ingin menubuhkan "special class" atau kelas istimewa untuk sukarelawan 1M4U. Kelas ini berada di sebuah tempat yang rahsia dan menjalankan aktiviti R&D sepanjang masa. Mungkin impian ini menjadi kenyataan. Sila rujuk pada kertas cadangan yang disediakan.

Akhir kata, kita mungkin boleh memberikan pendapat, tetapi kita mungkin tidak boleh menjadi penerima pendapat. Fikir-fikirkanlah...

Routine reach survive

Lahuzum

Lahumussjudu lirrahman, lahumussjudu lirrahim , alla yassujudu lilla hilazaim
-          Kazabats bisud danmar bissil 141 izfan
-          Nun 14 inni nakum rasul aman
-          Wama asanakum alyadarmin ajra
-          Inni ajra nabarsun
-          Fi ma hamimana a’filin
-          Wa a’a wamahal tholagh mimma hashhirhim
-          Firhan 149
-          Fattakhu a’annah thiyammun 151
-          Alladzunnun tufsidu  ain wabarshan
-          Mimakyan haisu sarin arudduwir yaa anat
-          Kataba mansarban (albarbin) @ alsandin anat 154
-          Khola , sarab ..(walatabiad), walatamsuha
-          Waabthir, waaafa sifbaha,mamada abu khorib yadawama kana awa ana robik
-          Mimmawa abyar arrahim


Surah alsyu’ra
-          Jaza ha inkanu ahum alalamin 40
-          Falamma ja alsyajaroh {ainwanun}
-          Ainna lanna laajra inkana han ala’labin 41
-          Khola na’aam
-          Alman mukhorobin 41
-          Khola lahum musa alkhowa {alf}
-          Ma antum malkhun
-          Waasofbihim wakhola {ba ain ri ta} firaun inna lan han
-          Sambungan ya tiada titik
-          Asofbaha faeza ahiyya talfaf maa ya fakun
-          Kholu aamanna bir abilalamin 46
-          Dari sambungan lam
-          A azunnu lakum innahu
-          Kho tian aidikum
-          Dari sambungan ro ..

-          Inna..